WILAYAH - SARAWAK > BERITA

CHINA UMUM RANCANGAN PENERBANGAN ANGKASA LEPAS BERMANUSIA 2026

27/02/2026 04:55 PM

BEIJING, 27 Feb (Bernama-CMG)-- China akan melaksanakan dua misi penerbangan angkasa lepas bermanusia, dan satu misi pembekalan kapal kargo pada 2026, kata Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA).

Menurut rancangan, China akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama bagi tahun 2026 iaitu pengaplikasian dan pembangunan stesen angkasa lepas, serta penerokaan Bulan.

CMSA berkata, kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan bagi fasa pendaratan di Bulan sedang dijalankan mengikut jadual, bagi memastikan sasaran pendaratan angkasawan di Bulan dapat direalisasikan menjelang 2030.

Untuk rekod, China dan Pakistan telah menandatangani perjanjian kerjasama mengenai pemilihan dan latihan angkasawan pada 2025. Menurut perjanjian berkenaan, seorang angkasawan dari Pakistan akan menjalankan penerbangan jangka pendek selaku pakar muatan, dan melakukan ujian sains di stesen angkasa lepas China.

Menurut rancangan CMSA lagi, agensi itu akan terus menggalakkan pelaksanaan projek kerjasama dengan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA), sebagai langkah penting dalam usaha Beijing memperluas kerjasama angkasa lepas antarabangsa dan berkongsi pencapaian yang berkaitan dengan dunia.

-- BERNAMA-CMG

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan