WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MANGSA BANJIR DI SABAH TIDAK BERUBAH, KEKAL 6,732 ORANG PADA TENGAH HARI INI

28/02/2026 01:09 PM

KOTA KINABALU, 28 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah tidak berubah iaitu kekal seramai 6,732 orang daripada 2,293 keluarga setakat tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat daerah yang terjejas banjir tidak menunjukkan penambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sebanyak 93 buah kampung di daerah Beaufort ditenggelami air banjir, Tenom (46 buah kampung), Sipitang (22 buah kampung) dan Membakut (16 buah kampung).

Kesemua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara, yang dibuka sejak Rabu lepas menjadikan keseluruhan penduduk di 177 kampung di empat daerah itu tidak dapat melakukan aktiviti harian masing-masing.

Sementara itu Jabatan Meterologi Malaysia hari ini meramalkan kejadian ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman Sabah.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan