WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BANJIR SABAH: JUMLAH MANGSA DI PPS TURUN KEPADA 470 ORANG TENGAH HARI INI

02/03/2026 01:05 PM

KOTA KINABALU, 2 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurang kepada 470 orang daripada 180 keluarga setakat 12 tengah hari ini, berbanding 483 orang daripada 182 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa merupakan penduduk kampung yang terjejas banjir di Beaufort.

"Mereka masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dun Banir," menurut kenyataan itu.

Sekretariat turut memaklumkan Beaufort mengalami keadaan cuaca berawan dengan suhu sekitar 28 darjah Celcius yang direkodkan pada 10.30 pagi tadi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di Sabah pagi ini, namun beberapa tempat di kawasan pedalaman dijangka mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan