WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SEKURANG-KURANGNYA 555 TERKORBAN DI IRAN AKIBAT SERANGAN ISRAEL-AS - BULAN SABIT MERAH

02/03/2026 06:25 PM

TEHRAN, 2 Mac (Bernama-dpa) -- Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan sekurangnya-kurangnya 555 orang terkorban setakat ini akibat serangan bersama Israel dan Amerika Syarikat (AS), menurut agensi berita Fars pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam satu kenyataan, pertubuhan bantuan itu berkata lebih 100,000 petugas penyelamat telah dikerahkan ke seluruh negara, dengan lebih 130 wilayah dilaporkan terjejas akibat peperangan berkenaan.

Sejak Sabtu, Israel dan AS mengesahkan telah menggempur beratus-ratus sasaran di seluruh Iran, termasuk tapak pelancaran peluru berpandu, kemudahan  yang dikaitkan dengan program nuklear Iran, ibu pejabat tentera, serta barisan kepimpinan kanan politik negara itu.

Ibu negara, Tehran sekali lagi menjadi sasaran pengeboman hebat pada Ahad. Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei, dilaporkan terkorban dalam serangan pada Sabtu.

--BERNAMA-dpa 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan