KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Sunview Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM289.71 juta daripada Malakoff Evergreen Sdn Bhd bagi membangunkan loji janakuasa solar fotovolta di Bintulu, Sarawak.
Malakoff Evergreen merupakan anak syarikat milik 70 peratus Tuah Utama Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki sepenuhnya oleh Malakoff Corporation Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sunview berkata tertakluk kepada sebarang keadaan luar jangka, projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Sunview dan anak syarikatnya sepanjang tempoh pelaksanaan projek berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial