KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Nasihat Perjalanan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia bertarikh 1 Mac, melibatkan tujuh negara Timur Tengah yang terjejas oleh aktiviti ketenteraan di sebahagian wilayah berkenaan, kekal berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.
Tujuh negara berkenaan ialah Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kementerian terus mengemas kini rekod rakyat Malaysia di wilayah yang terjejas melalui sistem e-Konsular.
Rakyat Malaysia yang masih belum berbuat demikian digalakkan untuk mendaftarkan keberadaan mereka melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my.
Sekiranya berlaku kecemasan atau mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular, sila hubungi Perwakilan Diplomatik Malaysia yang berhampiran:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN
Tel: +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 (Kecemasan)
E-mel: mwtehran@kln.gov.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ
Tel: +964 787 859 8775 (Kecemasan)
E-mel: mwbaghdad@kln.gov.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN
Tel: +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (Kecemasan)
E-mel: mwamman@kln.gov.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KUWAIT CITY, KUWAIT
Tel: +965 2255 0394 / +965 2255 0395 / +965 9678 3036 (Kecemasan)
E-mel: mwkuwait@kln.gov.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI DOHA, QATAR
Tel: +974 4483 6463 / +974 4483 6493 (Kecemasan)
E-mel: mwdoha@kln.gov.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANAMA, BAHRAIN
Tel: +973 1756 4551 / +973 3899 0749 (Kecemasan)
E-mel: mwmanama@kln.gov.my
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ABU DHABI, UAE
Tel: +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776
E-mel: mwabudhabi@kln.gov.my
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI DUBAI, UAE
Tel: +971 4 3985 847 / +971 50 737 9196 (Kecemasan)
E-mel: dxb.cons@kln.gov.my
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi terus Kementerian:
BILIK OPERASI KEMENTERIAN LUAR
Tel: +603-8887 4570
E-mel: dutyofficer@kln.gov.my
BAHAGIAN KONSULAR, KEMENTERIAN LUAR
Tel: +603-8887 4597 / +603-8887 4769 / +603-8887 4264
E-mel: bkrm@kln.gov.my
Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya kekal diaktifkan sepenuhnya selama 24 jam.
Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Sabtu (28 Feb) mula menyerang beberapa lokasi di seluruh Iran, termasuk di ibu negara Tehran.
Sebagai tindak balas terhadap serangan bersama AS-Israel itu, tentera Iran melancarkan serangan ke atas empat pangkalan tentera AS di Qatar, Bahrain, Kuwait, dan UAE.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial