KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Bhd, Prai Power Sdn Bhd telah memeterai lanjutan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama empat tahun dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) membabitkan Loji Janakuasa Prai, mulai 1 April 2026 hingga 31 Mac 2030.
Menurut syarikat itu, lanjutan tersebut dibuat selepas tamatnya PPA 21 tahun asal loji itu pada 19 Jun 2024 dan lanjutan jangka pendek setahun berikutnya dengan TNB sehingga 31 Ogos 2025, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kestabilan dan prestasi operasi loji itu.
“PPA berkenaan mengawal selia dan mentadbir, antara lain, hak serta kewajipan kedua-dua pihak untuk penjanaan termasuk penjualan elektrik dan keperluan bagi menyediakan kapasiti penjanaan daripada Loji Janakuasa Prai kepada TNB,” kata syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pengeluar tenaga bebas itu berkata, PPA itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial