WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PIALA EMAS KHIR JOHARI PEMBUKA TIRAI AKADEMI SEPAK TAKRAW MALAYSIA

09/03/2026 09:39 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kejohanan Piala Emas Khir Johari pada April ini bakal menjadi acara sulung yang akan dilangsungkan di Kompleks Sukan Jalan Raja Muda di sini setelah kemudahan itu dinaik taraf menjadi Akademi Sepak Takraw Malaysia.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata venue baharu sepak takraw negara itu yang telah siap sepenuhnya dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena penganjuran kejohanan berprestij tersebut. 

“Piala Emas Khir Johari adalah kejohanan pertama di sini dan bersempena dengan kejohanan itu juga, kita merancang majlis pelancaran bangunan ini yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa PSM di sini hari ini.

Mengenai persiapan kejohanan berkenaan, Mohd Sumali berkata undian kumpulan bagi edisi kali ini telah dijalankan dengan sebanyak 21 pasukan akan bersaing dalam kategori lelaki.

Beliau berkata kategori wanita pula akan melibatkan penyertaan 12 pasukan yang memeriahkan lagi kejohanan berprestij berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan