WILAYAH - SARAWAK > BERITA

DOMINO'S PERKENAL GOLDEN FIESTA PIZZA, TART KEJU STRAWBERI UNTUK RAMADAN-RAYA

10/03/2026 06:27 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Domino’s Pizza Malaysia melancarkan Golden Fiesta Pizzas dan Tart Keju Strawberi baharu bersempena dengan musim perayaan Ramadan-Raya. 

Dalam kenyataan, Domino’s memaklumkan tawaran baharu itu boleh didapati untuk tempoh terhad bermula hari ini dan dicipta untuk menjadikan perhimpunan perayaan lebih meriah. 

Setiap Golden Fiesta Pizza menampilkan kepingan besar nanas karamel pada kerak, memberikan rasa manis dalam setiap gigitan, yang dilapisi sos berinspirasikan makanan laut dan disiram sos barbeku nanas yang memberikan keseimbangan rasa manis, lazat dan sedikit pedas.

Golden Fiesta Pizza didatangkan dalam tiga varian dengan harga bermula daripada RM22.90.

Golden Fiesta Chargrilled Chicken Pizza (Klasik) menampilkan ayam panggang arang istimewa untuk mereka yang menggemari rasa ayam yang berjus dan menyelerakan manakala Golden Fiesta Tuna Pizza (Kegemaran Sepanjang Masa) menonjolkan ketulan tuna, sesuai untuk mereka yang mahukan rasa mewah dan memuaskan. 

“Untuk mereka yang mencari pilihan lebih mewah, Golden Fiesta Prawn Pizza (Kelas Pertama) yang mengandungi udang berjus bagi memberikan rasa makanan laut yang memuaskan,” menurut kenyataan itu. 

Domino’s juga memperkenalkan tart keju strawberi untuk masa terhad bagi melengkapkan hidangan piza dan setiap kotak mengandungi dua tart mentega diisi dengan krim keju Hokkaido manis dan keju mozarela cair, dihiasi dengan sos serta potongan strawberi sebenar sebelum diakhiri lapisan aising.

“Rasa yang mewah, berkrim dan penuh dengan kemanisan, tart keju strawberi dicipta sebagai pencuci mulut yang sempurna untuk melengkapkan sebarang hidangan perayaan dan berharga RM12.90,” menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino's Malaysia, Singapura dan Kemboja Ringo Joannes berkata Golden Fiesta Pizza menawarkan kelainan terhadap rasa nanas tropika dengan menonjolkannya pada kerak dan dalam sos barbeku.

“Ini pendekatan baharu kami tentang kelazatan serta menawarkan lebih banyak cara untuk keluarga dan rakan berkumpul dan menikmati makanan lazat, sama ada semasa sambutan perayaan atau berkongsi detik-detik yang lain," katanya.

Pelanggan boleh membuat pesanan untuk makan di restoran, penghantaran atau pengambilan sendiri melalui aplikasi Domino’s MY atau laman sesawang www.dominos.com.my.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan