WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PBA INDIANA CLASSIC: TIMMY TAN MARA KE FINAL STEPLADDER

21/03/2026 04:12 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Atlet boling negara, Timmy Tan mempamerkan prestasi mengagumkan untuk mara ke final stepladder dalam kejohanan Persatuan Pemain Boling Profesional (PBA) Indiana Classic hari ini (Jumaat, waktu Amerika Syarikat).

Bersaing di David Small’s Pro Bowl West, pemain berusia 31 tahun itu menamatkan pusingan kelayakan di tempat ketiga selepas melakukan 8,689 jatuhan pin dalam 36 permainan.

Boog Krol mendahului pusingan kelayakan dengan 8,765 jatuhan pin, diikuti Marshall Kent di tempat kedua dengan jatuhan pin 8,741.

Ryan Barnes di tempat keempat dengan 8,678 jatuhan pin, manakala EJ Tackett melengkapkan kelompok lima terbaik dengan 8,661 jatuhan pin.

Mengulas mengenai prestasinya, Timmy berkata beberapa pelarasan yang dilakukan dalam permainan terbukti berkesan sepanjang peringkat kelayakan.

Beliau berharap mampu merangkul gelaran sulongnya dalam Jelajah PBA, yang bakal menjadi kejayaan kedua buat Malaysia selepas kejayaan bersejarah Tun Hakim Tun Hasnul Azam tahun lepas.

“Sudah tentu, saya benar-benar mahu menang, dan ia akan menjadi satu pencapaian hebat untuk negara,” katanya dalam sebuah video yang dikongsi oleh PBA hari ini.

Di peringkat final stepladder esok, Timmy akan berdepan sama ada Barnes atau Tackett, yang akan bertemu dalam perlawanan pembukaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan