WILAYAH - SELATAN > BERITA

KPDN JOHOR MOHON DUA INDIVIDU TERLIBAT KES ISI RON95 TAMPIL BANTU SIASATAN

26/03/2026 06:47 PM

JOHOR BAHRU, 26 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor memohon dua individu tampil bagi membantu siasatan berhubung kes tular pengisian petrol RON95 ke dalam tong plastik melebihi had dibenarkan di sebuah stesen minyak sekitar Skudai pada 21 Mac lepas.

Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo berkata pihaknya telah menjalankan siasatan lanjut termasuk menjejaki serta mengunjungi alamat terakhir kedua-dua individu terbabit, namun mereka masih gagal dikesan setakat ini.

“Sehubungan itu, pihak KPDN Negeri Johor memohon individu berkenaan untuk segera tampil memberi kerjasama dengan hadir ke Pejabat KPDN Negeri Johor dalam kadar segera bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial yang memaparkan dua individu mengisi RON95 ke dalam tong plastik di but sebuah kenderaan di sebuah stesen minyak sekitar Skudai, dengan siasatan awal mendapati mereka adalah warga tempatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan