WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ACC 2026: SAWDA PECAH REKOD REMAJA ASIA UNTUK EMAS UJIAN MASA 1KM

30/03/2026 10:27 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Pelumba remaja trek sensasi negara Sawda Hasbullah merangkul pingat emas acara ujian masa 1 kilometer (km) remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina, hari ini.

Atlet berusia 18 tahun itu bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya di Velodrom Nasional Nilai, tahun lepas malah turut memecahkan rekod remaja Asia miliknya dengan catatan masa satu minit 09.604 saat (s).

Rekod lama remaja Asia yang dilakukannya ialah 1:10.818s.

Pelumba Korea Selatan Lee Hyun Ji meraih pingat perak dengan catatan masa 1:10.640s manakala wakil India S Thabitha memperoleh pingat gangsa dengan 1:12.613s.

Terdahulu, Sawda gagal mempertahankan pingat emasnya dalam acara pecut.

Sawda turut meraih pingat gangsa bersama Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak dan Davia Evriel Eriana Azif dalam acara pecut berpasukan remaja wanita.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan