DUNIA

KONTRAK NIAGA HADAPAN FBM KLCI TINGGI PADA AWAL DAGANGAN

26/03/2025 11:13 AM

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat semasa awal dagangan pada Rabu.

Pada 9.21 pagi, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing menokok 6.5 mata kepada 1,510, manakala Jun 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 7.5 mata kepada 1,505 dan 1,493.50.

Jumlah dagangan 14,244 lot manakala kepentingan terbuka pada 71,998 kontrak.

Selepas 39 minit dagangan, FBM KLCI naik 5.34 mata kepada 1,518.94 daripada 1,513.60 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan