AM

AGONG BERANGKAT ZIARAH MAKAM DIRAJA MAHMOODIAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN

22/11/2025 01:22 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru hari ini, bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda ke-67.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut diadakan ialah bacaan Yasin dan tahlil ringkas yang dipimpin Imam Makam Diraja Masri Sapiran.

Sultan Ibrahim turut menabur bunga dan menyiram air mawar di pusara Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Sultan Iskandar, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom serta Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan