KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang ke-67, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau bagi pihak seluruh rakyat, mendoakan Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, serta seluruh Kerabat Diraja, dianugerahkan kesihatan yang sempurna, kesejahteraan berpanjangan, serta dilimpahi rahmat, taufik dan hidayah-Nya
“Semoga pemerintahan Tuanku terus berada di bawah naungan keberkatan dan menjadi payung kedaulatan negara tercinta.
“Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya.
-- BERNAMA
