DUNIA

MAHKAMAH MOSCOW KENAKAN DENDA PENTADBIRAN US$207 JUTA TERHADAP GOOGLE

27/02/2026 11:12 PM

MOSCOW, 27 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Sebuah mahkamah di Moscow telah mengenakan denda pentadbiran sebanyak 16 bilion ruble (US$207 juta) terhadap Google, menurut perkhidmatan akhbar mahkamah bidang kuasa am Moscow pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Google LLC didapati bersalah kerana melakukan kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 1 Artikel 20.25 Kod Pentadbiran Rusia, dan dijatuhi hukuman denda pentadbiran berjumlah 16,017,368,387.36 ruble," menurut kenyataan perkhidmatan akhbar itu menerusi Telegram.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan