AM

JKNS AKTIFKAN SIASATAN DALAMAN SUSULAN KEMALANGAN KERETA API, MOTOSIKAL TROLI DI TENOM

05/03/2026 06:34 PM

KOTA KINABALU, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah mengaktifkan siasatan dalaman susulan insiden kemalangan melibatkan perkhidmatan kereta api dan sebuah motosikal troli di KM134/4 landasan kereta api Tenom ke Pangi pada 3 Mac lepas.

JKNS dalam kenyataan hari ini, memaklumkan siasatan itu dijalankan melalui Badan Penyiasatan Dalam selaras dengan prosedur penyiasatan yang sedang berkuat kuasa.

Menurut kenyataan itu, JKNS turut membuat laporan di Balai Polis Tenom bagi memaklumkan insiden berkenaan dan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

JKNS memaklumkan sebarang tindakan susulan akan ditentukan berdasarkan hasil laporan Board Of Enquiry, selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Enakmen Keretapi 2017.

Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

JKNS turut menyatakan rasa kesal atas kejadian itu dan memaklumkan siasatan dalaman jabatan serta polis sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan