AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Diramal Landa Hampir Semua Negeri Malam Ini

25/09/2024 07:06 PM

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di hampir semua negeri sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.55 petang ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di seluruh Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan.

Keadaan cuaca sama juga dijangka melanda beberapa daerah di Kedah meliputi Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Turut diramal mengalami keadaan sama adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar), Kelantan (Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Di Pahang, ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramal akan berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan, dan Rompin. Sementara itu, di Johor, kawasan yang terlibat adalah Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, keadaan yang sama diramal berlaku di Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri, dan Marudi), serta Limbang. Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat termasuk pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, dan Keningau) serta Pantai Barat (Kota Belud).

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," menurut MetMalaysia

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan