AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Kedah Terus Berkurangan Kepada 2,366 Orang

25/09/2024 09:05 PM

ALOR SETAR, 25 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 2,366 orang daripada 736 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 2,942 orang daripada 939 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa dari tiga daerah terlibat ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 20 PPS sebelum ini, selepas dua PPS, masing-masing satu di Kota Setar dan Kubang Pasu ditutup petang tadi

Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 1,211 orang daripada 365 keluarga yang masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Kota Setar dengan 1,091 mangsa daripada 346 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS. Seterusnya, Pokok Sena menempatkan 64 mangsa daripada 25 keluarga di satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya dua sungai iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar berada pada paras amaran.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan