AM > BERITA

Wanita Ditemukan Lemas Dalam Tasik Di Slim River

25/09/2024 09:48 PM

IPOH, 25 Sept (Bernama) -- Seorang wanita ditemukan lemas di Taman Tasik YDP Slim River dekat Tanjong Malim, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 54 tahun itu dilaporkan hilang, sebelum ditemukan lemas di tasik tersebut.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 6 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, bersama Pasukan Bomba Sukarela Slim Village, tiba di lokasi kejadian.

"Orang awam menjumpai selipar mangsa di tepi tasik. Mangsa ditemukan pada pukul 6.44 petang oleh anggota bomba melalui teknik carian di permukaan di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.05 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan