AM > BERITA

MAQIS Kedah Serah Hampir 17,000 Kg Keratan Ayam Sejuk Beku Kepada Empat Penjara

03/10/2024 04:59 PM

ALOR SETAR, 3 Okt ( Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah menyerahkan sebanyak 16,892 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM132,168 kepada empat buah penjara, semalam.

Pengarah MAQIS Kedah Hisham Abu Bakar berkata penjara yang terlibat adalah Penjara Dusun Dato’ Murad, Penjara Machang, Penjara Penor dan Penjara Pengkalan Chepa.

“Serahan keratan ayam tersebut bertujuan untuk memenuhi keperluan bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan ternakan ikan keli di bawah program rehabilitasi agensi tersebut.

“Kesemua serahan ini adalah daripada hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang telah melalui proses undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil sitaan tersebut telah dilucuthakkan kerana tidak mematuhi aspek perundangan seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Hisham berkata MAQIS tidak akan berkompromi terhadap semua barang dagangan yang melibatkan isu biosekuriti terutamanya yang melibatkan aspek halal.

“Pegawai MAQIS di pintu masuk negara akan terus komited dan tegas dalam melakukan penguatkuasaan terhadap setiap pengimportan keluaran pertanian,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan