AM > BERITA

MAIWP Peruntuk RM88 Juta Bantuan Zakat Untuk Asnaf Di Labuan

06/10/2024 04:41 PM

LABUAN, 6 Okt (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM88 juta untuk membantu golongan asnaf di pulau bebas cukai ini.

Pengerusinya Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata daripada jumlah itu sebanyak RM66.2 juta telah pun disalurkan untuk pelbagai kategori asnaf.

"Kami komited memastikan dana zakat diuruskan dengan telus, cekap selain disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 

"Pelbagai program turut dianjurkan termasuk konvoi atau Kembara Kasih MADANI bertujuan mendekati golongan miskin yang layak mendapatkan bantuan," katanya pada program Kembara Kasih MADANI di Kampung Ganggarak hari ini.

Sumbangan zakat itu termasuk bantuan wang tunai; bantuan persekolahan untuk pelajar miskin; bantuan kos sara hidup; bantuan untuk surau dan sekolah Islam;  bantuan perubatan dan peralatan hospital; dan bantuan petrol untuk pemandu serta penunggang e-panggilan. 

"Hari ini, inisiatif Kembara Kasih MADANI kami merangkumi empat kampung - Kampung Patau-Patau; Kampung Kilan; Kampung Ganggarak; dan Kampung Lajau - kami memberikan bantuan kewangan kepada 300 asnaf termasuk 100 pelajar miskin, sebuah surau di SK Patau-Patau, bantuan keusahawanan serta petrol untuk pengendali e-panggilan, melibatkan peruntukan RM984,300," katanya.

Syed Kamarulzaman berkata Kembara Kasih MADANI ialah usaha untuk mendekati golongan miskin dan memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti. 

"Kami mahu mendengar keluhan rakyat selain mengumpul maklum balas mengenai cara meningkatkan taraf hidup golongan asnaf melalui program yang lebih berkesan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan