JOHOR BAHRU, 27 Mac (Bernama) -- Banjir di Pontian pulih sepenuhnya dengan jumlah mangsa di Johor menurun kepada 266 orang sehingga pukul 4 petang ini, berbanding 405 orang yang direkodkan pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan sebanyak 41 mangsa daripada sembilan keluarga di daerah berkenaan telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah air banjir surut dan keadaan di kawasan kediaman mereka didapati selamat.
"Sementara itu, semua mangsa daripada 79 keluarga yang masih terjejas akibat bencana tersebut kini berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading dan Sekolah Kebangsaan Sri Comel di Batu Pahat.
"Selain itu, stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 3.32 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut memaklumkan keadaan cuaca di sembilan daerah di negeri itu dijangka cerah, kecuali Kluang yang kelihatan mendung pada petang ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial