WASHINGTON, 2 Okt (Bernama-CMG) -- Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS) Xie Feng menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu memperluas kerjasama bagi mencapai situasi sama menang.
Beliau berkata demikian pada majlis resepsi sempena sambutan ulang tahun ke-76 penubuhan Republik Rakyat China yang berlangsung di Washington pada Isnin.
Menurut Xie, China dan AS memiliki kepentingan bersama yang luas serta ruang kerjasama yang besar.
“Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah hampir US$688.3 bilion pada 2024, berbanding hanya US$2.5 bilion pada 1979. Angka ini membuktikan daya tahan serta momentum dalaman hubungan perdagangan China-AS yang kukuh,” katanya.
Beliau berkata usaha membanteras pendatang haram, penipuan telekomunikasi, jenayah kewangan, pencegahan dan rawatan kanser serta penyakit berjangkit, selain teknologi kecerdasan buatan (AI), boleh dijadikan tumpuan kerjasama bagi kedua-dua pihak.
Xie turut menekankan keperluan kedua-dua negara mematuhi prinsip asas iaitu tidak berkonflik dan tidak berkonfrontasi, bagi menyumbang kepada kestabilan dunia yang kini berada dalam keadaan tidak menentu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial