AM > BERITA

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Fengshen Di Perairan Negara

19/10/2025 04:08 PM

KOTA KINABALU, 19 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika (FENGSHEN), yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 961km ke timur laut, Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.

Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 11 pagi tadi adalah di latitut 14.7 utara dan longitud 120.6 timur, kira-kira 34km ke barat laut Manila City, Filipina.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan