AM > BERITA

Pegawai Kanan Disiasat Atas Dakwaan Salah Laku, Direhatkan Serta-merta - KSN

09/11/2025 10:13 PM

PUTRAJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Seorang pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian telah direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

"Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai pengurusan tertinggi di sebuah kementerian.

"Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Azri berkata sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku melibatkan pegawai awam.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan