AM > BERITA

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Ketua Editor Berita Bernama S. Sivaselvam

13/11/2025 01:22 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Editor Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) S. Sivaselvam, yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata jasa dan sumbangan mendiang dalam bidang kewartawanan amat dihargai serta akan terus dikenang.

"Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ucapkan takziah kepada keluarga saudara Sivaselvam Sambasivam yang meninggal dunia pagi tadi.

"Jasa dan sumbangan mendiang dalam bidang kewartawanan amat dihargai dan akan terus dikenang. Semoga rohnya bersemadi dengan aman," katanya.

Balu mendiang Lalitha S. Nadarajah memaklumkan bahawa Sivaselvam, atau lebih dikenali sebagai Siva, 77, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Cheras di sini akibat masalah kesihatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan