KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tiada menetapkan syarat tambahan baharu mewajibkan calon membuat semakan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai syarat kelayakan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
SPR menerusi hantaran di Facebook suruhanjaya itu memaklumkan maklumat yang disebarkan menerusi Aplikasi WhatsApp berkenaan syarat tambahan tersebut, palsu.
“Maklumat tersebut adalah palsu. Harap maklum,” menurut hantaran tersebut.
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial