KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan bahagian-bahagian berkenaan diminta mengambil tindakan segera supaya kerja pembaikan bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, Padang Besar yang terbakar pagi tadi dapat segera dilaksanakan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata kejadian itu menjejaskan blok bilik darjah sekolah berkenaan dan seorang mangsa yang tercedera sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
“Semoga beliau (mangsa) diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan semua urusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Sebuah bangunan lapan bilik di sekolah itu dilaporkan musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran pagi tadi, yang turut menyebabkan seorang petugas kebersihan swasta cedera melecur 30 peratus.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba II Mohamad Azhar Yussof berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.05 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial