KUANTAN, 8 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menutup laluan dan memasang papan tanda larangan serta amaran di kawasan terkesan hakisan dan mendapan berpunca daripada fenomena air pasang di Taman Gelora di sini.
MBK dalam kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu bagi memastikan keselamatan orang awam dengan kerja pembersihan sisa sampah hanyut turut dilaksanakan.
“Sebagai langkah awal, pihak majlis akan membina benteng menggunakan batu besar serta kerja tambakan semula menggunakan pasir laut. Buat sementara waktu, kawasan terlibat ditutup sepenuhnya bagi mengelakkan risiko kepada pengunjung.
“Kerja pembinaan semula laluan dan infrastruktur terjejas serta pembersihan pasir akan dimulakan selepas Monsun Timur Laut berakhir memandangkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Januari 2026,” menurut kenyataan itu.
MBK menasihatkan orang awam agar mematuhi semua arahan keselamatan, mengelakkan kawasan ditutup dan segera melaporkan sebarang situasi yang boleh mengundang risiko.
Media melaporkan fenomena air pasang besar yang melanda persisiran pantai sebelum ini menyebabkan trek joging di Taman Gelora rosak selain lebih 200 meter kawasan berkenaan tertimbus pasir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial