BEIJING, 8 Dis (Bernama-Xinhua) -- Sebuah mahkamah di Beijing telah membuat keputusan berhubung tuntutan pampasan yang difailkan oleh keluarga beberapa penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014, menurut Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Xinhua.
Lapan kes yang diputuskan kali ini melibatkan lapan penumpang. Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang pada Jumaat mengarahkan defendan membayar pampasan kepada plaintif selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China yang berkaitan.
Pampasan itu meliputi ganti rugi, kos pengebumian, ganti rugi tekanan emosi, kerugian lain serta kos berkaitan berjumlah lebih 2.9 juta yuan (kira-kira US$410,000) bagi setiap kes.
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014. Sejak 2016, ahli keluarga kepada 75 penumpang yang hilang telah memfailkan 78 tuntutan mahkamah secara berperingkat, menuntut ganti rugi dan menyeru penubuhan dana mencari dan menyelamat, antara tuntutan lain, terhadap Malaysia Airlines dan beberapa defendan lain, menurut mahkamah itu.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial