AM > BERITA

Speaker DUN Sabah Kemuka Pemberitahuan Kekosongan DUN Lamag

09/12/2025 03:25 PM

KOTA KINABALU, 9 Dis (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya hari ini menyerahkan pemberitahuan rasmi mengenai kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah.

Kadzim dalam kenyataan hari ini memaklumkan kekosongan berlaku berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, Jumaat lepas.

Beliau berkata pemberitahuan itu selaras dengan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Justeru, pihak DUN Sabah menyerahkan kepada SPR Sabah untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak DUN Sabah, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi Jumaat.

Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan