SEREMBAN, 9 Dis (Bernama) -- Lexis Hibiscus Port Dickson memperkenalkan kempen December Playcation sempena cuti sekolah akhir tahun yang menawarkan percutian tepi laut kepada keluarga lengkap dengan manfaat eksklusif bagi semua tempahan menerusi laman sesawang rasmi sehingga 31 Dis.
Lexis Hibiscus dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen itu direka untuk ibu bapa yang mencari percutian mendamaikan dengan tawaran pelbagai aktiviti menyeronokkan kepada kanak-kanak di tepi pantai.
“December Playcation meraikan percutian akhir tahun dengan gaya Malaysia sebenar. Lexis Hibiscus Port Dickson terus menawarkan gabungan sempurna antara keselesaan mesra keluarga, vila luas dengan kolam renang peribadi dan pelbagai aktiviti menarik untuk kegembiraan yang menyerlahkan kreativiti peneroka muda,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, resort tersebut mempelawa keluarga untuk menikmati percutian terbaik dengan setiap detik direka khusus bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan dan menawarkan peluang bersantai.
Semua tempahan menerusi http://www.lexishibiscuspd.com/ dari sekarang hingga 31 Dis akan menikmati pengalaman penginapan dipertingkatkan seperti kredit LexSpa RM50 bersih, diskaun 20 peratus untuk semua hidangan dalaman, aktiviti percutian harian percuma di Kidz World dan pantai termasuk seni dan kraf, membina istana pasir, bermain layang-layang serta sukan pantai selain keutamaan daftar masuk awal (tertakluk kepada ketersediaan).
Promosi itu sah kepada semua tempahan terus untuk penginapan sepanjang Disember.
Maklumat lanjut atau tempahan boleh dibuat menerusi e-mel kepada reservations@lexis.my atau hubungi +603 2083 0933.
Mereka berminat untuk mendapat maklumat lanjut dan perkembangan terkini boleh melayari laman sesawang rasmi atau menghubungi Lexis Hibiscus Port Dickson menerusi Instagram, Facebook, TikTok dan rednote (XiaoHongShu).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial