AM > BERITA

MB Perlis Dibenarkan Keluar Hospital Petang Tadi

23/12/2025 11:26 PM

KANGAR, 23 Dis (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli yang dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara semalam telah pun dibenarkan keluar petang tadi.

"Alhamdulillah. Saya selamat discharge petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudah-mudahan kita dikurniakan kerahmatan oleh Allah," kata Mohd Shukri menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.

Semalam, media melaporkan Menteri Besar Perlis itu menerima rawatan di hospital di ibu negara selepas mengalami sakit dada sebaik kembali daripada urusan di luar negara.

Pejabat Menteri Besar Perlis dalam kenyataan memaklumkan beliau segera dikejarkan ke hospital tersebut untuk pemeriksaan lanjut selepas mengadu sakit dada.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan