SEPANG, 10 Jan (Bernama) -- Sebanyak 500 pelajar dan murid dari Parlimen Sepang menerima kelengkapan persekolahan merangkumi antaranya set pakaian sekolah, alat tulis, kasut serta beg galas bernilai RM183 seorang.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata program itu anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Ini sebagai usaha berterusan membantu meringankan beban ibu bapa dan memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih bersedia.
“Kerajaan MADANI akan terus komited membantu golongan memerlukan, khususnya dalam aspek pendidikan agar tiada anak yang tercicir dan setiap generasi berpeluang membina masa depan lebih baik,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Aiman Athirah berkata pada peringkat Parlimen Sepang, sebanyak RM3.7 juta peruntukan telah disalurkan oleh Ahli Parlimennya dengan lebih RM1 juta dikhususkan untuk inisiatif pendidikan bagi memastikan akses dan sokongan pendidikan menyeluruh kepada masyarakat setempat.
“Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin semangat buat anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pendidikan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial