AM > BERITA

Lee Lam Thye Derma Hasil Jualan Autobiografi Kepada Yayasan SALAM

08/03/2026 01:24 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Aktivis sosial dan bekas ahli politik Tan Sri Lee Lam Thye akan mendermakan hasil jualan autobiografinya bertajuk “Call Lee Lam Thye-Recauting a Lifetime of Service” kepada Yayasan SALAM Malaysia.

Pemegang amanah yayasan itu, Datuk Yong Soo Heong dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis penyampaian derma itu akan diadakan esok, 11 pagi, di pejabat Lee di tingkat 10, Menara EcoWorld, No. 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, di sini.

Yong berkata buku itu yang diterbitkan dan dilancarkan pada Jun 2022 mengisahkan perjalanan hidup Lee daripada menjadi ahli dewan undangan negeri pada usia 23 tahun pada 1970-an hinggalah kepada penglibatannya sebagai aktivis dan sumbangannya kepada pembinaan negara.

"Buku itu merupakan memoir peribadi penglibatannya dalam masyarakat, mengukuhkan reputasi beliau sebagai aktivis sosial sepanjang hayat."

“Ia membawa pembaca kepada kisah perjalanan aktivis sosial dan kehidupan politik di Malaysia dari era 1970-an dan seterusnya, serta mengetengahkan nilai-nilai khidmat, perpaduan dan kebajikan Lee yang selaras dengan perjuangannya dalam kerja kebajikan dan masyarakat,” katanya.

Yayasan SALAM Malaysia merupakan pertubuhan bukan kerajaan bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia yang ditubuhkan sejak 30 tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan