DUNIA > BERITA

VIETNAM NASIHATKAN RAKYATNYA SEGERA TINGGALKAN LUBNAN

24/09/2024 02:37 PM

HANOI, 24 Sept (Bernama-VNA) -- Kedutaan Vietnam di Mesir dan Lubnan pada Isnin (23 Sept) mengeluarkan nasihat perjalanan yang menggesa rakyatnya agar segera meninggalkan negara itu sementara penerbangan komersial masih beroperasi, susulan konflik yang semakin memuncak dan merebak di rantau berkenaan.

Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan bahawa kedutaan turut menasihatkan rakyat Vietnam yang merancang untuk ke Timur Tengah supaya menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka sehingga keadaan kembali stabil.

Bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Lubnan, kedutaan menekankan bahawa jika mereka tidak dapat meninggalkan negara kerana halangan yang tidak dapat dielakkan, mereka perlu berwaspada, memantau media tempatan dengan teliti, mengelakkan perhimpunan dan menjauhi sempadan Lubnan-Israel, selatan Beirut, dan kawasan utara berhampiran sempadan Syria.

Kedutaan juga menggesa rakyat Vietnam mencari perlindungan sementara di kawasan yang lebih selamat serta menyimpan bekalan makanan dan ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan bertambah buruk.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan