DUNIA > BERITA

UAE KUTUK SERANGAN KEJAM SASAR KEDIAMAN DUTA UAE DI SUDAN

30/09/2024 12:21 PM

ABU DHABI, 30 Sept (Bernama-WAM) -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang menyasarkan kediaman Ketua Misi UAE di Khartoum oleh sebuah pesawat tentera Sudan yang mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan itu.

UAE telah menyeru tentera Sudan untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan pengecut berkenaan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Kementerian Luar Negeri (MoFA) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya akan menyerahkan surat kepada Liga Arab, Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung serangan itu oleh Angkatan Bersenjata Sudan.

Menurut kementerian itu, ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.

Kementerian itu menekankan kepentingan melindungi bangunan diplomatik dan kediaman kakitangan kedutaan, selaras dengan perjanjian dan adat yang mengawal hubungan diplomatik.

Kementerian Luar Negeri turut menyatakan kecaman kerasnya terhadap tindakan jenayah itu dan penolakan tegas terhadap semua bentuk keganasan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan kestabilan, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

-- BERNAMA-WAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan