DUNIA > BERITA

PUSAT KERJASAMA TIMBANG TARA KOMERSIAL CHINA-ASEAN MULA BEROPERASI

03/10/2024 03:40 PM

BEIJING, 3 Okt (Bernama-CMG) -- Majlis pelancaran Pusat Kerjasama Timbang Tara Komersial China-ASEAN diadakan semasa Forum Undang-undang Komersial China-ASEAN di Nanning, Guangxi, menurut Kementerian Kehakiman China, baru-baru ini.

Pusat itu yang disokong oleh pihak berkuasa Guangxi dan Kementerian Kehakiman China dicadangkan oleh Persatuan Timbang Tara Guangxi dan ditubuhkan bersama oleh persatuan itu bersama institusi timbang tara, agensi perkhidmatan undang-undang, persatuan perniagaan, dan kumpulan pemikir universiti dari China serta negara-negara ASEAN.

Pusat Kerjasama Timbang Tara Komersial China-ASEAN berfungsi sebagai platform komunikasi dan kerjasama untuk timbang tara komersial antarabangsa yang bukan berasaskan keuntungan.

Pusat itu bertujuan untuk memperkasa pertukaran dan kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang timbang tara, menggalakkan pembentukan mekanisme kolaborasi China-ASEAN mengenai hal ehwal timbang tara komersial, mendorong penyelesaian pertikaian komersial melalui saluran yang pelbagai dan memudahkan pengoperasian pasaran.

Ia juga menyediakan perkhidmatan dan jaminan timbang tara yang berkualiti tinggi, efisien dan profesional kepada pertukaran China-ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta pembangunan ekonomi serantau.

Terdapat 11 institusi yang merupakan penaja kumpulan pertama yang terlibat dalam penubuhan pusat itu termasuk Persatuan Timbang Tara Guangxi, Persatuan Undang-undang ASEAN, dan Institut Penyelesaian Pertikaian Alternatif Asia.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan