RAMALLAH, 31 Dis (Bernama-WAFA) -- Lebih 45,000 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, menurut Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
PCBS berkata dengan 98 peratus daripada angka korban itu berlaku di Semenanjung Gaza, ia menjadi jumlah kematian tertinggi dalam sejarah konflik Arab-Israel.
"Penduduk Semenanjung Gaza telah menurun sebanyak enam peratus menjelang akhir 2024," menurut PCBS.
Presiden PCBS Ola Awad semasa menyampaikan taklimat mengenai status rakyat Palestin menyatakan bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami kerugian besar dari segi kemanusiaan dan material, dengan seluruh kawasan perumahan musnah, keluarga dipadamkan daripada rekod sivil dan infrastruktur penting musnah.
Menurut PCBS, ekonomi Gaza juga telah runtuh dengan kadar pengangguran melonjak kepada 80 peratus dan sumbangannya kepada keseluruhan ekonomi Palestin menurun kepada kurang daripada lima peratus berbanding kira-kira 17 peratus sebelum 7 Okt 2023.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial