DUNIA > BERITA

KRISIS GAZA MEMUNCAK, UNRWA GESA SEKATAN DITAMATKAN

20/05/2025 07:39 PM

NEW YORK, 20 Mei (Bernama-QNA) -- Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) menggesa pihak berkuasa pendudukan Israel menamatkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza yang semakin diperketat sejak 2 Mac lepas, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

UNRWA menegaskan bahawa "keterdesakan  telah mencapai tahap kemuncak" di wilayah itu di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang amat kritikal.

Dalam kenyataan menerusi platform X, UNRWA memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza susulan sekatan, arahan pemindahan paksa dan pengeboman hebat oleh Israel.

Agensi itu menyatakan bahawa penduduk kini terdesak mencari makanan dan bekalan asas, manakala ribuan yang lain terus dipaksa melarikan diri.

Rejim pendudukan terus melaksanakan dasar kebuluran secara sistematik terhadap hampir 2.4 juta penduduk Gaza dengan menutup lintasan sempadan kepada bantuan kemanusiaan, yang kini tertahan di sempadan sejak 2 Mac. Keadaan ini telah menjerumuskan Gaza ke ambang kebuluran dan meragut banyak nyawa.

-- BERNAMA-QNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan