DUNIA > BERITA

XI JINPING UCAP TAHNIAH KEPADA UNIVERSITI PERTANIAN CHINA SEMPENA ULANG TAHUN KE-120

16/10/2025 01:27 PM

BEJING, 16 Okt ( Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada guru, pelajar dan alumni Universiti Pertanian China (CAU) sempena ulang tahun ke-120 universiti itu, baru-baru ini.

Dalam surat balasannya kepada guru dan pelajar CAU, Xi menggalakkan universiti itu supaya meneruskan tradisi cemerlang dalam pengurusan sekolah, mempergiat pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan inovasi teknologi pertanian serta pengaplikasian hasil penyelidikan supaya memupuk lebih banyak bakat pertanian yang sanggup berbakti kepada pembangunan negara.

Baru-baru ini, guru dan pelajar dari CAU menulis surat kepada Presiden Xi, melaporkan perjalanan pembangunan dan pencapaian pengurusan universiti itu selama 120 tahun, di samping menyatakan tekad mereka untuk membina CAU sebagai institusi pengajian tinggi bertaraf dunia serta keazaman untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan