ROM, 27 Okt (Bernama-dpa) -- Sebuah mahkamah di Itali meluluskan ekstradisi seorang suspek warga Ukraine ke Jerman berhubung serangan terhadap talian paip gas Nord Stream, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Peguam suspek itu pada Isnin berkata lelaki berusia 49 tahun berkenaan ditahan ketika bercuti di Itali pada akhir Ogos lepas. Beliau dianggap antara dalang utama yang disyaki terlibat dalam serangan pada 2022 yang merosakkan talian paip gas dari Rusia ke Jerman.
Pihak pendakwa raya Jerman menuduh warga Ukraine itu menyebabkan letupan secara bersama dan melakukan sabotaj yang bertentangan dengan perlembagaan.
Mahkamah Bologna sebelum ini telah meluluskan ekstradisinya pada September, namun peguam suspek membawa kes itu ke Mahkamah Agung Itali, yang menangguhkan penyerahan suspek berikutan kesilapan prosedur.
Mahkamah Agung kemudiannya mengembalikan kes berkenaan ke Bologna dan sebuah mahkamah baharu ditubuhkan untuk meneliti semula kes itu.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial