DUNIA > BERITA

CHINA KURANGKAN KADAR TARIF ATAS SEJUMLAH BARANGAN IMPORT PADA 2026

30/12/2025 03:04 PM

BEIJING, 30 Dis (Bernama-CMG) -- China akan mengenakan kadar tarif import sementara yang lebih rendah daripada kadar tarif untuk negara paling disukai (MFN) meliputi 935 barangan bermula 1 Jan 2026, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara China pada Isnin.

Kadar tarif import ke atas komponen kritikal dan bahan canggih akan dikurangkan bagi meningkatkan tahap kemandirian China dalam bidang sains dan eknologi, serta menggalakkan pembentukan sistem industri moden.

Selain itu, kadar tarif import sementara akan dibatalkan terhadap produk seperti motor mikro, mesin cetak dan asid sulfurik pada 2026, digantikan dengan kadar tarif untuk MFN, yang dilihat bertepatan dengan komitmen China sebelum menganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Pada tahun hadapan, China akan menambah perincian barangan tambahan di peringkat kebangsaan bagi produk termasuk robot bionik pintar serta minyak tanah bio-penerbangan dan ginseng hutan, menjadikan jumlah keseluruhan tarif meningkat hingga 8,972 barangan.

Pada masa sama, China akan mengekalkan kadar tarif ke atas sejumlah barangan import berdasarkan 24 perjanjian perdagangan bebas dan peraturan perdagangan keutamaan yang ditandatangani dengan 34 rakan dagang.

Selain itu, China juga akan terus mengenakan tarif sifar terhadap 100 peratus produk membabitkan 43 negara paling kurang membangun yang telah menjalin hubungan diplomatik dengan China untuk memperkasa kerjasama ekonomi dan perdagangan serta membantu pembangunan negara-negara itu.

Pada 2026, China akan mengekalkan kadar tarif istimewa ke atas sejumlah barang import dari Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar berdasarkan Perjanjian Perdagangan Asia-Pasifik serta perjanjian pertukaran nota antara kerajaan  China dengan beberapa negara anggota ASEAN berkenaan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan