DUNIA > BERITA

PERBADANAN MADINAH TINGKAT PERKHIDMATAN BAGI PENGUNJUNG MASJID NABAWI, PENDUDUK

22/02/2026 02:23 PM

MADINAH, 22 Feb (Bernama-SPA) -- Perbadanan Madinah menggerakkan sumbernya bagi meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan sempena bulan suci Ramadan, dengan matlamat menyediakan persekitaran bersepadu untuk pengunjung Masjid Nabawi dan penduduk bandar, sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Perbandaran dan Perumahan.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kerja-kerja tersebut termasuk menanam lebih 7,000 pokok dan menyediakan lebih 1,000 peralatan untuk menyokong operasi di lapangan, selain menempatkan lebih 5,000 kakitangan untuk melayani pengunjung dan penduduk di kawasan pusat bandar.

Usaha itu juga merangkumi pemasangan lebih 2,000 tiang lampu, penyediaan laluan basikal sepanjang melebihi 20,000 meter, serta pengoperasian sembilan platform perkhidmatan elektronik bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada pengunjung dan penduduk.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan