DUNIA > BERITA

LEBIH 80,000 ISI RUMAH SINGAPURA TERIMA BAUCAR BAGI PENAMBAHBAIKAN RUMAH MESRA WARGA EMAS

22/02/2026 04:55 PM

SINGAPURA, 22 Feb (Bernama) -- Lebih 80,000 isi rumah yang menetap di hartanah persendirian di Singapura akan menerima baucar bernilai S$1,200 bagi menampung kos pemasangan kelengkapan terpilih mesra warga emas di bawah satu program nasional yang bertujuan menambah baik persekitaran kediaman fizikal bagi golongan itu di republik berkenaan.

Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat pada Ahad mengumumkan bahawa Program Penambahbaikan Kediaman bagi Warga Emas Aktif (Perumahan Privet) atau EASE (Privet) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 April.

“Seiring dengan penuaan penduduk Singapura, kami mahu menyokong warga emas agar dapat menua dengan sejahtera dalam komuniti dan di kediaman sendiri,” menurut Kementerian Pembangunan Negara dalam kenyataan.

EASE (Privet) merupakan peluasan kepada program EASE bagi isi rumah yang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Menurut kementerian itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan mesra warga emas di kawasan perumahan awam dan persendirian.

Ini termasuk program naik taraf di peringkat estet seperti Program Pembaharuan Kejiranan dan Program Naik Taraf Silver bagi estet perumahan awam serta Program Naik Taraf Estet (Silver Estate) bagi estet persendirian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan