EKONOMI > BERITA

AMBANK ISLAMIC PERUNTUK RM450,000 MENERUSI ITEKAD SOKONG IBUPRENEUR MALAYSIA

25/09/2024 04:05 PM

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokong Ibupreneur Malaysia, perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita. 

Bank itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pembiayaan tersebut akan digunakan untuk modal awal dan inisiatif pembinaan kapasiti di bawah program iTEKAD, yang bertujuan untuk memupuk pembangunan dan pertumbuhan perniagaan diterajui wanita.

“Peserta terpilih akan menerima modal kerja dan akses kepada modul latihan komprehensif yang disediakan untuk melengkapi mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan jangka masa panjang.

“Program pembinaan kapasiti akan berlangsung sepanjang tahun dan termasuk tempoh pemantauan, dengan tumpuan kepada pertumbuhan mampan dan kesediaan pasaran,” kata Ambank Islamic.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Eqhwan Mokhzanee Muhammad berkata sokongan terhadap Ibupreneur bukan dari segi bantuan kewangan semata-mata tetapi juga memupuk ekosistem yang boleh membantu wanita berkembang maju dan memberi impak yang besar dalam pasaran.

“Selain menyediakan dana, pekerja kami juga secara sukarela akan mengendalikan latihan dan bengkel yang berkaitan untuk peserta Ibupreneur sepanjang program tersebut,” katanya.

Ibupreneur founder Aida Zunaidi said that the partnership with AmBank Islamic enables them to offer valuable resources and guidance to women entrepreneurs, helping them build sustainable businesses and contribute to the economy.

Pengasas Ibupreneur, Aida Zunaidi berkata, kerjasama dengan AmBank Islamic itu membolehkan mereka menawarkan sumber berharga dan bimbingan kepada usahawan wanita, membantu mereka membina perniagaan yang mampan dan menyumbang kepada ekonomi.

Sehingga kini, AmBank Islamic telah menyediakan lebih RM1 juta dalam bentuk geran kepada pelbagai segmen usahawan mikro di seluruh negara, menyokong usaha peningkatan kemahiran dan peningkatan kapasiti.

Bagi tahun kewangan 2025, AmBank Islamic memperuntukkan sejumlah RM2.8 juta untuk program iTEKAD.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan