DUNIA > BERITA

WARTAWAN PALESTIN MENANG ANUGERAH BERITA EMMY

27/09/2024 12:42 AM

HOLLYWOOD, 26 Sept (Bernama-WAFA) -- Wartawan Palestin, Bisan Atef Owda telah memenangi Anugerah Emmy bagi kategori “Outstanding Hard News Feature: Short Form” untuk projeknya yang masih berjalan, "It’s Bisan From Gaza and I’m Still Alive."

Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan bahawa projek itu mendokumentasikan kehidupan harian Owda di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan berterusan Israel yang telah memusnahkan kawasan berkenaan sejak 7 Oktober tahun lepas.

Wartawan berusia 27 tahun itu sebelum ini telah memenangi Anugerah Peabody menerusi projek sama awal tahun ini.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan