ANGGOTA TENTERA MAUT TERKENA TEMBAKAN PEMBURU DI HUTAN SONG

23/09/2024 07:40 PM

KAPIT, 23 Sept (Bernama) -- Seorang anggota tentera maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh orang awam yang sedang memburu binatang di kawasan hutan KM 8, Jalan Balak Multiplus, Song dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak berkata Petrus Linggi Liman, 29, mengalami kecederaan parah pada bahagian paha dan punggung kiri.

Beliau berkata mangsa ketika itu sedang berada di atas buaian (hammock) sewaktu menyertai latihan taktikal pasak bumi di kawasan hutan berkenaan.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan namun telah disahkan meninggal dunia pada 7.43 pagi oleh pegawai perubatan hospital tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya polis sebelum itu menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 2.45 pagi.

“Setakat ini suspek belum lagi dikenal pasti. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang berusaha mengesan suspek.

"Bedah siasat ke atas mayat mangsa dijadualkan dilakukan esok di Hospital Kapit,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan