MARITIM TAHAN BOT NELAYAN TEMPATAN DIOPERASI KRU MYANMAR

27/10/2024 08:40 PM

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menahan sebuah bot nelayan tempatan dipercayai menggunakan awak-awak warga Myanmar tanpa dokumen sah hari ini.

Pengarahnya Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata bot itu ditahan  pada pukul 11.20 pagi pada kedudukan tujuh batu nautika dari perairan Kemaman ketika pihaknya menjalankan rondaan menerusi Op IMAN.

“Ketika rondaan dilakukan, anggota penguat kuasa telah terserempak dengan bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan berada dalam keadaan mencurigakan, : katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata empat kru termasuk tekong merupakan warga Myanmmar berusia lingkungan 28 hingga 47 tahun disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesemua mereka ditahan manakala bot, peralatan menangkap ikan dan minyak diesel dianggarkan sebanyak 10,000 liter diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan